Want your
own Fotopage?








 
Wattan's FotoPage

By: Pak Wattan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Thursday, 15-Sep-2011 13:17 Email | Share | | Bookmark
Raya 2011

Raya tahun ni saya dan keluarga beraya di kampung Muar bersama mak. kami anak beranak je yang ada pada raya pertama tahun ni disebabkan semua yang lain beraya dikampung mak mertua masing-masing. Saya di Muar dari raya pertama hingga ke-3. Alhamdulilah ramai keluarga yang datang mengunjung seperti tahun-tahun yang lepas.


Gambar kami sekeluarga pada hari raya pertama 2011


Bergambar diluar rumah


Syamilla bersama atok kesayangan dia.

Raya ke-3 kami semua pulang ke kampung Klang.

Add comment


Wednesday, 4-May-2011 13:11 Email | Share | | Bookmark
Umrah dan ziarah

Insaallah , 8 bulan Lima ni ...Saharan keluarga Akan ke mekah

Add comment


Tuesday, 22-Mar-2011 01:23 Email | Share | | Bookmark
Akhbar Sinar 22 March 2011


Berita tentang Pengarah Urusan D'impian Inn , puan Zawiyah Saimin.

Add comment


Saturday, 19-Mar-2011 05:37 Email | Share | | Bookmark
Perkembangan D'impian Inn cawangan Shah Alam

Perkembangan D’impian Inn

website : http://hoteldimpian.blogspot.com/
Tel: 03-55231678 / 019-3676411
email : dimpian_inn@yahoo.com



Saya berasal dari Muar dan kini juga tinggal di Muar bersama mak saya dan keluarga. Oleh kerana saya tinggal di Muar, jadinya asas dan tapak perniagaan d’impian bermula di Muar dan berkembang di sekitar Parit Raja dan Batu Pahat.



Dengan kesedaran dan cita-cita saya menjalankan perniagaan keluarga, bermula dengan kakak saya dan abang ipar saya menjadi tulang belakang menjalankan perniagaan kami di sini. Kak Ina dan abang Harun mulanya bekerja di Selangor sanggup memperjudikan masa depan pulang ke kampung dan bekerja sendiri dengan d’impian. Bermula dengan perniagaan perkhidmatan perhotelan kini berkembang kepada beberapa perniagaan yang mempunyai perkaitan seperti wujudnya d’impian kopitiam, d’impian catering dan pengurusan acara (event management), d’caz dan lain-lain.


Suasana ruang tamu di salah satu bilik di d'impian Shah Alam.


BIlik Single


Bilik Double



Asas yang sama juga saya wujudkan d’impian Shah Alam. pada mulanya memikirkan dan mencari idea menjalankan perniagaan di Selangor yang boleh dibantu dan membantu keluarga saya di Selangor. Saya selalu yakin sekiranya kita diberi peluang, seseorang itu akan lebih baik dari apa yang dia miliki sekarang. Akhirnya abang ipar saya (Azman) dan anak saudara saya bekerja untuk menguruskan d’impian Shah Alam. Sekurang-kurangnya setiap kali saya balik kampung isteri saya di Klang, terisi dengan melihat perkembangan d’impian di sana.

Alhamdulilah, 1 Feb 2011 yang lepas secara rasminya setelah proses ubahsuai mengambil masa selama lebih kurang 3 bulan, D’impian Inn cawangan Shah Alam telah menjadi reality.

Hotel kami beroperasi di alamat : NO 7-10-1A,DATARAN OTOMOBIL SEKSYEN 15 SHAH ALAM SELANGOR. kedudukan kami sangat berhampiran dengan beberapa tempat tumpuan di bandaraya Shah Alam seperti UiTM, iCity, Wisma pentadbiran negeri (SUK), MSU dan lain-lain.


Suasana bilik Master

Hotel ini menyediakan sejumlah 40 bilik untuk dinikmati oleh oleh para pelanggan. Bilik Superior (single) sesuai bagi pelanggan yang memerlukan ruang tidur dan rehat yang ekonomi. Manakala bilik superior (Double) bagi pelanggan yang berpasangan. Bagi mereka yang berkeluarga boleh memilih bilik jenis Deluxe manakala bagi pelanggan yang mementingkan keselesaan dan ketenangan bolehlah memilih Master Executive yang dihiasi fabrik serta hiasan dalaman.

Kemudahan dalam bilik (bergantung kepada jenis bilik) :-

Bilik berhawa dingin
LCD TV
Wifi
Bar mini/Peti sejuk
Cerek
Air panas/sejuk
Seterika/papan
Sejadah, Al-Quran dan arah kibalat
Bantal dan selimut tambahan
Kain batik dan kain pelikat





Konsep dan harga di cawangan baru kami Shah Alam adalah sama dengan harga di cawangan Parit Raja. Tetapi buat permulaan ini D’impian Shah Alam hanya menawarkan bilik penganapan tanpa kemudahan bilik seminar , cafe dan beberapa kemudahan yang di sediakan di Parit Raja.

Saya berusaha untuk berniaga dengan baik dan cuba mencari keberkatan dengan kerja yang saya jalankan. Cita – cita saya hanyalah cuba membuktikan kita bangsa melayu juga boleh bersaing dengan idea perniagaan di celah-celah kepesatan pembangunan yang lain. Selalu juga saya berpesan kepada staf saya dimana kita berniaga bukan semata-mata untuk mencari keuntungan tetapi yang lebih penting adalah memberi seberapa banyak peluang pekerjaan kepada seberapa ramai yang boleh. Setakat ini, sekurang-kurangnya kami kini telah mempunyai 60 orang pekerja untuk d’impian group.

Cawangan seterusnya adalah d’impian homestay and chalet di Muar, kini dalam proses pengubahsuaian dan di jangka mula beroperasi mulai April 2011.


d’impian homestay and chalet di Muar

Add comment


Monday, 4-Oct-2010 16:16 Email | Share | | Bookmark
Sambutan Ulang Tahun Pertama D'Impian Group


Berucap..pada 02.10.2010


Saudara mara dari jauh dan dekat


Keluarga


Yasseinan antara staf D'Impian


Staf pun tiup...jangan tak tiup






Terima kasih


Add comment


Sunday, 8-Aug-2010 15:23 Email | Share | | Bookmark
Beberapa perkara penting 2010




















Add comment


Sunday, 8-Aug-2010 15:14 Email | Share | | Bookmark
Bufet Berbuka Puasa di D'IMPIAN INN


Add comment


Sunday, 8-Aug-2010 15:07 Email | Share | | Bookmark
Perkembangan D'impian Inn Ogos 2010



Mulai Ogos 2010, D'impian Inn maju setapak lagi dalam bidang perniagaan menawarkan perkhidmatan kereta sewa. Alhamdulilah setakat ini sambutan semakin bertambah. Kereta sewa ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar UTHM, pelanggan hotel dan penduduk sekitar parit raja. Pada 30 Julai 2010 yang lepas 6 buah kereta VIVA baru dari kedai selamat sampai di hadapan hotel. Anak syarikat ini kami namakan D'CARZ, moga dipermudahkan segala urusan.






Add comment


Tuesday, 27-Jul-2010 16:07 Email | Share | | Bookmark
Kenalpasti matlamat sebenar perniagaan anda

Dalam perjalanan sampai ke destinasi, anda tentunya akan menemui banyak simpang dan jalan lain. Anda perlu terus fokus dengan matlamat dalam perniagaan anda. Saya mempunyai beberapa pengalaman dalam persimpangan memilih pelaburan dalam perniagaan; INI SANGAT PENTING. Setiap hari anda akan mempunyai cabaran mendapat peluang atau mendapat cabaran baru dalam perniagaan anda. Untuk mengenalpasti PELABURAN yang boleh anda ceburi dan berkeuntungan, anda seharusnya mampu menerangkan kepada diri anda; kenapa anda perlu mengambil atau melibatkan pelaburan baru itu. Sekiranya anda tidak dapat menyenaraikan di atas kertas terlebih dahulu adalah lebih baik anda memikirkanya dengan lebih berhati-hati dalam pelaburan baru itu. Sekiranya anda tidak dapat menulis sebarang jawapan kepada persoalan yang berkaitan, jangan lakukanya.

Add comment


Sunday, 25-Jul-2010 15:42 Email | Share | | Bookmark
TIP PERNIAGAAN

Beberapa pengalaman yang boleh dikongsi bersama dalam bidang perniagaan:-

SABAR
Dalam perniagaan harus memerlukan KESABARAN, Kesabaran itu bukan hanya satu perkataan tetapi lebih dari itu dan memerlukan kupasan maksudnya yang mendalam. Dalam membangunkan sesebuah perniagaan kita tentu akan menemui cabaran dan rintangan. Jangan jadikan rintangan dan cubaan itu sebagai penghalang mengejar kejayaan tetapi jadikan ia sebagai pengajaran dalam dunia perniagaan. Bila kita mahu mulakan perniagaan, tiada siapa yang percaya dengan idea kita, pinjaman bank tidak diluluskan. Masalah pekerja, masalah pelanggan, masalah itu dan masalah ini. Jawapannya hanya satu BERSABAR dan teruskan fokus dengan matlamat yang telah kita gariskan.

BERANI MEMBUAT KEPUTUSAN
Dalam membuat keputusan perniagaan, kita haruslah berani dan bertanggungjawab atas keputusan yang kita buat. Setelah membuat keputusan jangan takut terima kenyataan perkara yang akan berlaku akibat dengan keputusan yang kita buat. INGAT “tidak secara total keputusan yang kita buat itu SALAH, dan tentunya tidak sentiasa BETUL secara keseluruhannya”, ia bergantung pada suasana dan keadaan. JIKA keputusan yang kita buat itu didapati SALAH, maka jangan rendah diri dan teruskan usaha dan jangan takut mencuba. Saya percaya Setiap orang ada melakukan kesalahan dan kesilapan dalam membuat keputusan, tidak kira kesilapan kecil ataupun besar. Apa yang penting adalah setiap kesilapan yg kita lakukan AKAN mengurangkan satu lagi kebarangkalian kesalahan utk kita buat keputusan dimasa akan datang.

Bersambung..

Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

fpxen1.pidgintech.com