Want your
own Fotopage?






 
Wattan's FotoPage

By: Pak Wattan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]
Sunday, 3-Dec-2006 13:58 Email | Share | | Bookmark
University Of Nottingham

Kesungguhan
Ketelitian
Ketinggian
View all 14 photos...



Masa depan yang masih jauh


Di celah rimbunan ranting pohon kering










Tasik University








Kehijauan membawa aku tenang





Care to comment?


Monday, 27-Nov-2006 10:13 Email | Share | | Bookmark
"Malaysia ku Tercinta" melihat dari luar BOX

Perjalanan panjang saya dari lapangan terbang Kuala Lumpur ke Heathrow airport, London mengambil masa hamper 13 jam. Walaupun kepulangan 2 minggu saya ke Malaysia satu masa yang sangat singkat tetapi sungguh bermakna. Semua perkara asas yang perlu saya lunaskan di Malaysia kali ini tercapai. Keadaan mak beransur pulih setelah pembedahan membuang ketumbuhan kanser selesai walaupun sedikit kritikal.

Selama 2 minggu, rindu saya di Malaysia tercinta masih belum terubat sepenuhnya. Pembangunan di sana sini menyebabkan saya terpegun dengan kepesatan kemajuan negara kini dalam ukuran kebendaan dimata saya. Dalam kelapahan saya menikmati rindu dan cinta di tanahair sendiri, ada sedikit ketidakselesaan dan takut datang menyerang.

• Sistem Buli membuli;

Dalam buku cerita-cerita kesultanan melayu lama, selalu ditonjolkan watak cerita dimana “siapa kuat menjadi raja atau ketua”. Perolahan cerita menjadikan seseorang ketua itu seorang yang zalim, berkuasa, mempunyai kekayaan, ramai kuncu-kuncunya, tinggi ilmu(silat/sihir), garang atau salah satunya daripadanya. Dalam sistem pada masa itu yang kuat akan terus kaya-raya dan yang miskin akan terus papa-kedana. Sesiapa yang berkepentingan dan berpengaruh pada masa itu akan hidup senang dalam sistem tersebut.

Sistem itu berterusan atau kembali dalam era baru di Malaysia. Sistem itu saya lihat dari peringkat yang kecil hingga peringkat sebuah kerajaan memerintah. Tentu sekali sangat terperinci sekiranya dapat saya huraikan di sini. “kita” semua dengan tiada pilihan akan masuk dalam 2 kumpulan besar dalam setiap peringkat penyelesaian masalah harian iaitu kumpulan “membuli” atau “dibuli”. Tentu semua akan berlumba untuk membuli dan tiada siapa yang hendak menjadi mangsa dibuli. Dimasa ini ukuran kekayaan, kekuatan, kegarangan, kekuasaan, kepandaian dan pengaruh mengambil peranan meletakkan kita didalam golongan mana. Tentu sekiranya kita dalam kumpulan “membuli”, kita rasa selesa bagaimana jika kita di kumpulan satu lagi, kita akan rasa tertindas. Masalahnya sistem ini terus berkembang adalah kerana terdapat mereka yang berkeuntungan dalam sistem ini walaupun sebahagian besarnya tersepit dalam keadaan.

Contoh yang paling kecil, anda berada di kunter pertanyaan dimana-mana berasaskan perkhidmatan yang mempunyai “kepentingan”. Bukan hanya faktor interaksi dua manusia sahaja berlaku tetapi faktor dibelakang itu yang memudahkan urusan. Sedar ataupun tidak kita dilayan mengikut peringkat demi peringkat. Yang paling asas, siapa yang paling garang dan muka paling masam. Kaunter atau pelangan, menentukan pemenang dalam perkara tersebut. Itu belum termasuk dialog pelangan, “saya kenal boss awak” atau “awak kenal saya siapakan”. Dialog seumpananya akan menentukan tahap kecairan sistem tertentu dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Sistem ini dibawa hingga semua pengguna kenderaan dikena bayara tol setiap kali menggunakan jalan-jalan terpilih. Mereka juga dibuli dimana kepongan tol dimana-mana memerlukan mereka terpaksa menerima ini sebahagian dari sistem yang ada.

Saya akan sambung percambahan ilmu ini dalam penulisan yang akan datang. kita harus berani bersuara apa yang terbuku di hati walau mungkin menyinggung, walau yang disinggung itu berpangkat tinggi. Tentulah juga ada cara yang paling baik untuk menyuarakannya untuk meminimakan kesinggungan tersebut (tapi saya tidak lagi percaya dengan kalimah berbunga bersurat bersirat). Namun kita harus berani menyuarakannya dan dari apa yang saya alami selain dari berjaya memberitahu apa yang terkandung di dalam diri, respek yang disinggung itu terhadap kita juga akan lebih menebal selepas itu. Orang akan lebih respek andai kita ikhlas dan benar daripada kita berlapik hipokrit. Memang benar 'musuh jangan dicari' tetapi pada saya lebih baik bermusuh dari kita bersikap hipokrit dan talam dua muka.

Kenapa wujudnya buli dan membuli ini? Adakah perasaaan kita saja yang menganggapan kita dibuli padahal pihak yang disebelah tidak pun beranggapan sedemikian. Mungkin pihak yang disebelah pulak beranggapan kita yang membulinya. Sebenarnya kita hanya sedar apabila kita dibuli orang. Tapi kita tak pernah sedar dan ambik tahu pon sebenarnya kita telah membuli orang lain.

Sedar tak sedar sebenarnya kebanyakan manusia berkawan untuk kepentingan peribadi di kemudian hari. Ini adalah lumrah manusia sesiapa yang berpangkat akan disanjung, walaupun kawan kita yang sentiasa berkawan dan menolong kita tetap kita akan menyanjung orang yang lebih kaya dan berpangkat. Sistem yang ada sebenarnya sudah cukup bagus...cuma sistem ini sebenarnya telah dinodai oleh golongan-golongan yang berkawan untuk kepentingan dikemudian hari.
Tue 28-Nov-2006 10:26
Posted by:unnamed
Add comment


Friday, 17-Nov-2006 09:23 Email | Share | | Bookmark
Noriah Binti Othman



Mak sebelum masuk Hospital, walaupun sakit tatapi mak kuat dan masih tersenyum dan tidak mahu merisaukan kami adik beradik.



hari raya kedua, bila mak di masukan hospital bila mana mak berpindah dari SMC, Shah Alam ke Hospital Klang


28 Okt 2006 - 11 Nov 2006 saya berada di Malaysia, mak di sahkan menghidap kanser usus type 4. dugaan sebesar ini tidak pernah di hadapi kami adik beradik. Alhamdulilah mak selamat walaupun perbedahan agak lama selama 7 jam, di bedah pada 9 Nov 2006 di Hospital Tengku Ampuan Rahiman, Klang. selepas ini banyak lagi rawatan susulan yang mak harus jalani...moganya berjalan dengan lancar dan selamat.

banyakan doa dan sabar bob.....insyallah masing2 ada ujian dan bahagiannya di dunia ni...kau kena kuatkan semangat ...aku doakan mak kau sihat dan kita teruskan berjuang.... Wed 22-Nov-2006 19:38
Posted by:ganukiter
semoga mak kamu sihat segera....dengan diiringi doa anak2 tersayang.. Wed 29-Nov-2006 06:27
Posted by:elin elinatra@yahoo.com  - [Link]
syukur alhamdulillah.. Mon 4-Dec-2006 08:31
Posted by:~ j.e.j.a.k.a ~ FM4555 ~  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Friday, 17-Nov-2006 09:17 Email | Share | | Bookmark
Adik beradik saya berenam 2006

 
 
 
View all 8 photos...




Abang Azmi, Abang Fozi, Kak Ina, Kak Iza and Kak Ha


Care to comment?


Tuesday, 24-Oct-2006 10:46 Email | Share | | Bookmark
Raya Pertama tahun 2006








Care to comment?


Tuesday, 24-Oct-2006 10:33 Email | Share | | Bookmark
Pasangan Pengantin


Azman-Ida


Afifi-Nasirah


Hamidoh-Dalina


Ahmad-Yasmin


Yunus-Syikin


Yahya-Fauziah


Hisham-Asmah


Iko-Izan


Muzamil-Fida


Elyas-Siti


Zainal-isteri


Kamaludin-isteri


Hakimi -Anum


Wan faizal-Nora


Junaidi-isteri


Nazri-Isteri




seronok tengok, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat....amin Thu 14-Jun-2007 13:54
Posted by:anika
Add comment


Wednesday, 18-Oct-2006 05:43 Email | Share | | Bookmark
Merisaukan



Adakah aku sahaja yang risau,
Melihat keadaan "tanah" ku yang tercinta
Tempat aku dilahir dan dibesarkan
Tempat aku bercucuk tanam dan mencari rezaki dulunya

Adakah aku sahaja yang risau, kini
Mendengar setiap hari pembunuhan di sini sana
Membaca setiap hari penipuan dimana-mana
Menyaksikan anak remaja hanyut di "tanah" tercinta

Adakah aku layak merasa risau
Bila aku berada di luar "tanah"
Bila aku berani membandingkan "warga"nya
Aku juga hilang punca,

Rasuah, Rogol, bunuh, menipu
Sudah seperti biasa di sini sana
Biasa di ?tanah? itu
Apakah ini penangan dunia tanpa sempadan nya

Sedih,aku sedih.
Kenapa, mengapa, bagaimana, siapa dan bila
Persoalan negatif yang berlegar di otak beku ku
Adakah aku boleh mengubahnya..

Kau risau tak dengan kejahatan?.
Tiada bandingnya lagi "tanah" itu dengan "tanah" ini
Di sini semuanya hanya permainan
Di sana semua sudah jadi kebiasaan..

Adakah sudah tiada "kita" yang sejati ?
Yang bukan hanya melaung, aku sebagai pejuang
Tapi, mengambil pedang mengubah apa yang ada.
Membetulkan apa yang bersasar?

Akhirnya aku sedar
Aku hanya salah seorang "kita"
Tapi sekurang-kurangnya tidak menjadi "mereka"
Apa bezanya "kita" dengan "mereka" pada pandanganNYA

Care to comment?


Wednesday, 18-Oct-2006 05:30 Email | Share | | Bookmark
Satu Kepastian

Apa yang ada pada cerita “ semalam “, hanya tinggal sejarah dan kenangan. Yang lebih penting adalah cerita hari ini yang mencorak kehidupan hari esok. Kenangan “semalam” hanya cerita basi yang hanya boleh menjadi panduan perjalanan hari ini dan hari-hari yang mendatang. Siapa yang punya hak dengan masa depannya…masa depan yang belum pasti akan penghujungnya. Siapa yang boleh meneka akan apa yang akan terjadi dengan hidupnya esok.”

Care to comment?


Monday, 16-Oct-2006 20:08 Email | Share | | Bookmark
Ph.D experiment and my problem simulations



Dalam Kegelapan malam, 2 pagi..aku masih di sini







Bermain dengan nombor bukan main nombor ekor


Care to comment?


Monday, 16-Oct-2006 18:47 Email | Share | | Bookmark
Erti Ketekunan


Care to comment?


[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.