Wattan's FotoPage

By: Pak Wattan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Thursday, 15-Sep-2011 13:17 Email | Share | | Bookmark
Raya 2011

Raya tahun ni saya dan keluarga beraya di kampung Muar bersama mak. kami anak beranak je yang ada pada raya pertama tahun ni disebabkan semua yang lain beraya dikampung mak mertua masing-masing. Saya di Muar dari raya pertama hingga ke-3. Alhamdulilah ramai keluarga yang datang mengunjung seperti tahun-tahun yang lepas.


Gambar kami sekeluarga pada hari raya pertama 2011


Bergambar diluar rumah


Syamilla bersama atok kesayangan dia.

Raya ke-3 kami semua pulang ke kampung Klang.


Wednesday, 4-May-2011 13:11 Email | Share | | Bookmark
Umrah dan ziarah

Insaallah , 8 bulan Lima ni ...Saharan keluarga Akan ke mekah


Thursday, 31-Mar-2011 01:36 Email | Share | | Bookmark
Membudayakan pembacaan

 
 
 
View all 12 photos...
Antara buku-buku yang saya baca untuk memantapkan pengetahuan saya dalam perniagaan.












Tuesday, 22-Mar-2011 01:23 Email | Share | | Bookmark
Akhbar Sinar 22 March 2011


Berita tentang Pengarah Urusan D'impian Inn , puan Zawiyah Saimin.


Saturday, 19-Mar-2011 05:37 Email | Share | | Bookmark
Perkembangan D'impian Inn cawangan Shah Alam

Perkembangan D’impian Inn

website : http://hoteldimpian.blogspot.com/
Tel: 03-55231678 / 019-3676411
email : dimpian_inn@yahoo.com



Saya berasal dari Muar dan kini juga tinggal di Muar bersama mak saya dan keluarga. Oleh kerana saya tinggal di Muar, jadinya asas dan tapak perniagaan d’impian bermula di Muar dan berkembang di sekitar Parit Raja dan Batu Pahat.



Dengan kesedaran dan cita-cita saya menjalankan perniagaan keluarga, bermula dengan kakak saya dan abang ipar saya menjadi tulang belakang menjalankan perniagaan kami di sini. Kak Ina dan abang Harun mulanya bekerja di Selangor sanggup memperjudikan masa depan pulang ke kampung dan bekerja sendiri dengan d’impian. Bermula dengan perniagaan perkhidmatan perhotelan kini berkembang kepada beberapa perniagaan yang mempunyai perkaitan seperti wujudnya d’impian kopitiam, d’impian catering dan pengurusan acara (event management), d’caz dan lain-lain.


Suasana ruang tamu di salah satu bilik di d'impian Shah Alam.


BIlik Single


Bilik Double



Asas yang sama juga saya wujudkan d’impian Shah Alam. pada mulanya memikirkan dan mencari idea menjalankan perniagaan di Selangor yang boleh dibantu dan membantu keluarga saya di Selangor. Saya selalu yakin sekiranya kita diberi peluang, seseorang itu akan lebih baik dari apa yang dia miliki sekarang. Akhirnya abang ipar saya (Azman) dan anak saudara saya bekerja untuk menguruskan d’impian Shah Alam. Sekurang-kurangnya setiap kali saya balik kampung isteri saya di Klang, terisi dengan melihat perkembangan d’impian di sana.

Alhamdulilah, 1 Feb 2011 yang lepas secara rasminya setelah proses ubahsuai mengambil masa selama lebih kurang 3 bulan, D’impian Inn cawangan Shah Alam telah menjadi reality.

Hotel kami beroperasi di alamat : NO 7-10-1A,DATARAN OTOMOBIL SEKSYEN 15 SHAH ALAM SELANGOR. kedudukan kami sangat berhampiran dengan beberapa tempat tumpuan di bandaraya Shah Alam seperti UiTM, iCity, Wisma pentadbiran negeri (SUK), MSU dan lain-lain.


Suasana bilik Master

Hotel ini menyediakan sejumlah 40 bilik untuk dinikmati oleh oleh para pelanggan. Bilik Superior (single) sesuai bagi pelanggan yang memerlukan ruang tidur dan rehat yang ekonomi. Manakala bilik superior (Double) bagi pelanggan yang berpasangan. Bagi mereka yang berkeluarga boleh memilih bilik jenis Deluxe manakala bagi pelanggan yang mementingkan keselesaan dan ketenangan bolehlah memilih Master Executive yang dihiasi fabrik serta hiasan dalaman.

Kemudahan dalam bilik (bergantung kepada jenis bilik) :-

Bilik berhawa dingin
LCD TV
Wifi
Bar mini/Peti sejuk
Cerek
Air panas/sejuk
Seterika/papan
Sejadah, Al-Quran dan arah kibalat
Bantal dan selimut tambahan
Kain batik dan kain pelikat





Konsep dan harga di cawangan baru kami Shah Alam adalah sama dengan harga di cawangan Parit Raja. Tetapi buat permulaan ini D’impian Shah Alam hanya menawarkan bilik penganapan tanpa kemudahan bilik seminar , cafe dan beberapa kemudahan yang di sediakan di Parit Raja.

Saya berusaha untuk berniaga dengan baik dan cuba mencari keberkatan dengan kerja yang saya jalankan. Cita – cita saya hanyalah cuba membuktikan kita bangsa melayu juga boleh bersaing dengan idea perniagaan di celah-celah kepesatan pembangunan yang lain. Selalu juga saya berpesan kepada staf saya dimana kita berniaga bukan semata-mata untuk mencari keuntungan tetapi yang lebih penting adalah memberi seberapa banyak peluang pekerjaan kepada seberapa ramai yang boleh. Setakat ini, sekurang-kurangnya kami kini telah mempunyai 60 orang pekerja untuk d’impian group.

Cawangan seterusnya adalah d’impian homestay and chalet di Muar, kini dalam proses pengubahsuaian dan di jangka mula beroperasi mulai April 2011.


d’impian homestay and chalet di Muar


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net